Followers

Pages

Monday, August 5, 2013

Cornflake : Madu

Assalamualaikum WBT kepada yang sudi baca entry saya yang jarang-jarang ada..Malam sabtu lepas ade kerajinan sikit buat Cornflake Madu dalam Bahasa Inggeris Honey Cornflake. Kuih raya yang paling senang nak buat tapi paling payah bile time nak masukkan dalam cup. Mula-mula saya pakai sudu,tapi lambat sangat saya pakai sarung tangan plastik lagi senang dan cornflake yang siap digaul ngan madu tak sempat nak mengeras.

Jom kite tengok resepi Cornflake Madu cara Sharz.

BAHAN A:
125gm FarmCows butter [saya belah dua je senang]
50gm gula castor [saya letak 3sudu senduk kecik]
4 senduk kecik madu

BAHAN B:
500gm cornflakes [saya beli 1kg dan buat separuh sahaja]

BAHAN C:
100-150 keping cup kecil [saya beli 1000 terus jimat]
100gm chocolate rice atau coloring rice

CARA-CARA: (api sederhana sahaja ikut kesesuaian)
1. Panaskan Bahan A sehingga mentega dan gula cair
2. Masukkan Bahan B dan gaul sampai rata dan tutup api [kalau manis sangat tambah cornflake sikit]
3. Sudukan cornflake dalam acuan kertas kecil
4. Hiaskan dengan chocolate rice atau coloring rice
5. Bakar didalam oven yang sudah dipanaskan 150'C selama 5 minit [kalau lama sangat cornflake akan melekat dekat cup]
6. Sejukkan dan simpan dalam bekas yang kedap udara


p/s : selepas raya akan buat lagi so gambar akan diupload selepas raya. :)

1 comment: