Followers

Pages

Sunday, December 23, 2012

Crepe : Durian aka Lempeng Durian

Assalamualaikum W.B.T kepada semua pembaca blog saya..adeke yg baca??
blog pon update jarang sekali..yela bukannye masak selalu kan..
hari nie nak update pasal saya buat durian crepe pertama kali..
minta maaf kalau gambar durian crepe agak tak cantik..
name pon PERTAMA kali..yang penting resipi & rasa memang sedap..

kalau yang tak cantik tu baru nak belajar camne nak masak CREPE.. 
yang nie dah licin takde hangit-hangit dah..cantik tak?? :)

saya ikut cara chef kite : CahayaCintaKu

BAHAN-BAHAN UNTUK CREPE: 
  • 50 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung ubi kayu
  • 1 penutup esen vanilla
  • 1/2 sudu teh pewarna hijau @ kuning
  • 1 biji telur (dikacau sahaja tak perlu pukul)
  • 3 sudu teh butter (cairkan guna double boil @ microwave)
  • 160 ml air (boleh jugak guna satu cawan air)
  • 40 ml susu cair (saya guna freshmilk dutch lady)
  • 2 sudu besar gula halus

CARA-CARA membuat CREPE:
  1. Campurkan tepung gandum,  tepung ubi kayu, gula halus, susu cair dalam satu bekas (pukul menggunakan mixer)
  2. Masukkan telur, esen vanilla, air dan butter. (pukul menggunakan mixer)
  3. Masukkan pewarna dan pukul hingga warna rata.
  4. Tapis adunan menggunakan penapis.
* Adunan boleh menghasilkan 13-14 keping crepe.


BAHAN-BAHAN UNTUK INTI:
  • 1 biji Durian (keluarkan isi durian dari biji)
  • 100 ml whipping cream (putar sampai kental)
CARA-CARA memasak CREPE:
  1. Sediakan kuali anti-lekat aka non-stick pan. (tak perlu letak minyak)
  2. Panaskan kuali menggunakan api kecil.
  3. Ambil satu senduk kecil adunan dan tuangkan ke atas kuali.
  4. Bentukkan adunan menjadi bulat atau goyangkan kuali supaya dapat crepe yang nipis sahaja.
  5. Biarkan sehingga bahagian bawah adunan masak dan jangan sampai hangit dan tak perlu diterbalikkan.
  6. Lekangkan keliling crepe dan angkat @ terlangkupkan sahaja kuali ke atas pinggan dan biarkan sejuk.
  7. Bahagian yang licin akan jadi bahagian atas crepe durian anda.

CARA-CARA filling CREPE:
  1. Letak satu sudu kecil whipping creme yang telah diputar diatas permukaan yang tak cantik.
  2. Letak isi durian.
  3. Lapiskan semula dengan whipping cream.
  4. Lipatkan kulit crepe anda dengan berhati-hati ikut kretiviti masing-masing.
*Jangan tekan semasa melipat untuk crepe itu menjadi gemok-gemok.
*Masukkan kedalam peti sejuk untuk rasa yang lebih auummmm!!

8 comments:

  1. alahai...lama dah tak mkn durian...crepe durian mmg le tak dpt nk merasa kat jepun ni... btw, sakura blooming kat area tokyo sekitar early to mid April... end April dah gugur dah semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak for the info..

      kalau nak merasa sekali sekala kat jepun kenela kumpul duet byk2 tuk beli durian..or suruh org malaysia pos durian beku... :P

      Delete
  2. Wow... it's look so yummy, but... why green color? He3 (^_^)

    ReplyDelete
  3. nyummehhh..xpenah makan lagi hihi

    ReplyDelete