Followers

Pages

Tuesday, July 31, 2012

Ayam : Masak Lemak Cili Padi

uuisshh.lame gak takde update pape kat blog nie..
bukan taknak update tapi malas nak tulis resepi..malas nak upload gambar ape yang dimasak..
agak leceh sebenarnya..tapi hari nie ade mood..

sempena bulan ramadhan yang mulia ini..hari nie saya nak masak AYAM MASAK LEMAK CILI PADI
letak resipi dulu baru letak gambar..sebab nak masak time balik keje nanti..nie resepi dari mak saya pastu saya tukar ikut tips2 yang belajar dari org lain jugak...



hidangan untuk 5 orang makan.sekali makan.

BAHAN-BAHAN:
setengah ayam, pilih bahagian yang sedap kecuali isi (isi untuk masak padprik sedap)
5 keping daun limau purut (atau ikut suka hati)
3 batang serai, dititik
2 helai sederhana besar daun kunyit (kalau besar satu dah cukup)
2 biji kentang, kupas dan sebiji kentang belah menjadi 6bahagian kecil (senang nak makan sesuap je dah boleh masuk) dan rendam dalam mangkuk
1 kotak santan M&S (kecil)
1 keping asam gelugor (asam keping)
Garam


BAHAN TUMBUK HALUS
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 ulas kunyit hidup (betul ke ulas?kalau salah betulkan yer)
1/2 inci halia
10 tangkai cili padi hijau
10 tangkai cili padi merah


CARA-CARA(api kecil/sederhana sahaja ikut kesesuaian)
1. Panaskan periuk dan masukkan semua bahan yang ditumbuk dan masukkan ayam,daun limau purut,serai,dan asam gelugor (api kecil dan kacau supaya sebati)
2. Biarkan semua bahan sebati dengan ayam dan tunggu sampai air ayam kering sedikit
3. Masukkan sedikit air dan kentang dan tunggu hingga ayam dan kentang empuk
4. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih
5. Masukkan garam secukup rasa dan juga daun kunyit
6. Siap untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment